Syor tangguh projek RMK-9 idea songsang

Cakap politik dan kempen di sini

Moderator: Moderators

Forum rules
You are responsible and liable for all your activities while participating in this forum. The freedom to participate in any discussion should not be abused and used to harass or defame others or to spread untruth. READ: SabahForum.com Board-Wide Rules & Regulations

Syor tangguh projek RMK-9 idea songsang

Postby bushido » Mon Dec 11, 2006 4:12 pm

Syor tangguh projek RMK-9 idea songsang
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Mon ... 0/Article/

KOTA KINABALU: Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu (Usbo) menyifatkan

cadangan supaya ditangguhkan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Sabah sehingga isu berkaitan pendatang tanpa izin diselesaikan, sebagai idea songsang.

Presidennya, Datuk Salleh Said Keruak, berkata cadangan itu tidak logik kerana ia hanya akan menyebabkan negeri ini terus ketinggalan dalam proses pembangunan.

Beliau berkata, agenda pembangunan RMK-9 adalah perancangan Kerajaan Pusat untuk membangunkan negara keseluruhannya dalam semua aspek, termasuk ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran am.

Katanya, sepanjang RMK-9, Sabah diperuntukkan sejumlah RM15.7 bilion, melebihi RM2.5 bilion peruntukan yang disediakan dalam RMK-8 iaitu sebanyak RM13.2 bilion

"Jika pelaksanaan peruntukan itu ditangguhkan, Sabah sudah pasti akan tertinggal dan keadaan ini akan dimanipulasi pula oleh pembangkang bagi kepentingan politik mereka," katanya di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang menyarankan agar kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan RMK-9 sehingga isu berkaitan pendatang tanpa izin diselesaikan.

Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata penyediaan peruntukan besar untuk Sabah sepanjang RMK-9 menunjukkan komitmen Kuala Lumpur membangunkan negeri ini setanding negeri lain.

Justeru, beliau optimis Sabah bakal menyaksikan proses pembangunan yang rancak dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Isu berkaitan pendatang adalah soal keselamatan dan kerajaan Pusat sudah menyatakan komitmen untuk menyelesaikannya secara berperingkat.

"Dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah baru-baru ini, Najib menyatakan usaha yang dilaksana kerajaan mengatasi isu berkaitan pendatang termasuk menggunakan saluran diplomatik," katanya.
User avatar
bushido
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2460
Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
Location: Kudat - KL

Return to Sabah, Malaysia & International Politics

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests